Menulis


NOTA (NARATIF) |  NOTA (DESKRIPTIF)


Meneliti Soalan-Soalan Karangan Naratif
Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ (1998-2013)

Arahan:  Telitikan soalan-soalan yang berikut.  Kemudian, lakarkan plot atau jalan cerita yang sesuai dengannya.

(1998/Mei)

1. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan:

...Perbuatan Helmi itu seperti kacang lupakan kulit. Namun, aku tidak menyesal membantu Helmi selama ini biarpun jasaku tidak dikenang. Malah, aku bersyukur kerana telah dapat berjasa kepada seseorang.

(1998/Nov)

2. Selesaikan cerita berikut:

Berita yang aku terima itu sungguh tidak aku duga. Aku lantas memberitahu kawanku...

(1999/Mei)

3. Selesaikan cerita berikut:

Cikgu Zalian baru sahaja memberitahu bahawa Aisyah tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Aku terpaksa menggantikan tempatnya dalam satu pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada minggu hadapan. Aku tergamam...

(1999/Nov)

4. Selesaikan cerita berikut:

Nun jauh di tepi bangunan sekolah, Roslan duduk sendirian. Tragedi yang menimpa keluarganya telah mengubah sikapnya. Aku tahu dia perlukan bantuan ...

(2000/Mei)

5. Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan:

....Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memeluk wanita tua yang berdiri di hadapannya itu. Inilah orang yang dicari-carinya selama ini. Sudah terbayang olehnya bagaimana untuk membalas budi wanita tersebut.

(2000/Nov)

6. Selesaikan cerita ini:

Orang ramai memandang ke arahku. Aku menjadi bingung. Tanpa berfikir, aku...

(2001/Mei)

7. Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan:

...Aku menyimpan diari yang berada di tangnku. Persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya terhurai juga akhirnya. Aku menghela nafas lega.

(2001/Nov)

8. Tuliskan sebuah cerita yang bermula dengan:

Fitri duduk termenung memerhatikan sebuah keluarga yang kelihatan begitu riang berkelah di tepi pantai. Dia teringat kembali saat-saat bahagia yang dilalui bersama keluarganya. Kini...

(2002/Mei)

9. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan:

Hujan sudah mulai reda. Langit yang cerah menggambarkan kehidupanku yang kian tenteram. Aku bersyukur kerana masih mampu untuk mengatasi keperitan hidup akibat kehilangan orang yang paling aku sayangi. Namun, aku pasti bahawa di sebalik tragedi ini, kebahagiaan sedang menanti.


(2002/Nov)

10. Tulis sebuah cerita yang bermula dengan: Kehadiran Amira pada saat aku betul-betul memerlukan bantuan tidak akan aku lupakan.Aku berasa malu dan menyesal kerana telah membencinya selama ini.

(2003/Mei)

11. Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan: ….Sungguh tidak aku duga. Selama ini aku menyangka Hisham membenciku. Kini aku sedar bahawa sebenarnya dia mengambil berat tentang diriku.

(2003/Nov)

12. Tulis sebuah cerita yang bermula dengan: Malam itu gelap - gelita. Tiada sebiji bintang pun yang kelihatan. Aku dan kawan-kawanku Aliah, berjingkit-jingkit melalui padang sekolah kerana tidak mahu kawan-kawan yang lain terbangun daripada tidur mereka. Aku yakin rancanganku ini akan berjaya…..



(2004/Mei)

13. Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan:
Basikal buruk itu banyak berjasa kepada keluargaku. Sebelum lori itu membawa basikal kami pergi, aku memandang basikal itu buat kali terakhir.

(2004/Nov)

14. Tulis sebuah cerita yang bermula dengan: Dompet itu aku buka. Terpapar sekeping gambar hitam putih. Sebuah keluarga kelihatan begitumesra bersama. Aku….

(2005/Mei)

15. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan: …Pakaian , beg dan kasut Rabiah yang kelihatan buruk menyembunyikan kemuliaan hatinya. Aku sedar bahawa aku tersilap menilai dirinya. Aku tidak dapat memaafkan diriku.

(2005/Nov)

16. Tulis sebuah cerita yang bermula dengan: Aku memimpin ayahku keluar daripada wad itu. Di sebalik wajah yang dimakan usia dan renungan yang lesu itu, tersembunyi pengorbanan yang telah dilakukannya.

(2006/Mei)

17. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan sesuatu yang tidak diduga.

(2006/Nov)

18. Tulis sebuah cerita mengenai kejadian yang menyedarkan kamu akan pentingnya persahabatan.

(2007/Mei)

19. Tulis sebuah cerita tentang bagaimana nasihat yang diberikan diabaikan pada saat nasihat tersebut amat diperlukan.

(2007/Nov)

20. Tulis sebuah cerita mengenai suatu peristiwa yang menunjukkan bahawa kejujuran merupakan amalan yang sebaik-baiknya dalam kehidupan.

(2008/Mei)

21. Tulis sebuah cerita mengenai satu kejadian yang telah mengubah tabiat kamu.

(2008/Nov)

22. Tulis sebuah cerita mengenai satu peristiwa yang menyedarkan kamu bahawa masa sememangnya amat berharga.



(2009/Mei)

23. Tulis sebuah cerita mengenai satu kejadian yang menyebabkan kamu terlibat dalam satu kegiatan yang sangat kamu tidak gemari pada mulanya.

(2009/Nov)

24. Tulis sebuah cerita tentang satu peristiwa yang berlaku semasa adik-adik kamu diletakkan di bawah jagaan kamu ketika ibu bapa kamu tiada di rumah selama seminggu.

(2010/Mei)

25. Tulis sebuah cerita mengenai satu peristiwa yang benar-benar menguji kesabaran kamu.

(2010/Nov)

26. Tulis sebuah cerita mengenai satu peristiwa yang menunjukkan bahawa seseorang itu boleh mencapai kejayaan setelah mengalami kegagalan.

(2011/Mei)

27. Tulis sebuah cerita tentang satu peristiwa yang menyebabkan kamu membuat satu keputusan tanpa berunding dengan keluarga kamu.  Dalam cerita kamu, terangkan kesan keputusan terhadap diri kamu.

(2011/Nov)

28. Tulis sebuah cerita yang menunjukkan bahawa persahabatan yang dibina atas sikap sabar dan tolak ansur akan berkekalan.

(2012/Mei)

27. Kamu telah disalah tuduh.  Tulis sebuah cerita tentang pengalaman yang harus kamu lalui untuk membersihkan nama kamu.

(2012/Nov)

28. Tulis sebuah cerita tentang kepercayaan seseorang terhadap diri kamu yang membolehkan kamu mengatasi satu kegagalan.

(2013/Mei)

29. Tulis sebuah cerita tentang pengorbanan yang kamu lakukan untuk seseorang yang sangat kamu sayangi.

(2013/Nov)

30. Tulis sebuah cerita tentang satu peristiwa yang menunjukkan pentingnya sikap bertolak ansur untuk menikmati kebahagiaan hidup.


SELESAI

0 comments:

Catat Ulasan