Bertutur

Podcast Daniel


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

5 comments:

irfan izzuddin bin yusman berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=NXP40ysAt-M


Permainan Tradisional congkak sangat menarik. Permainan ini masih dimain hingga zaman ini. Permainan congkak ini dimain di banyak negeri-negeri di seluruh dunia. Permainan ini sangaat menarik kerana permainan ini mencabar minda seorang yang sedang bermain. Permainan ini pun memerlukan dua orang untuk dimain. Permainan ini boleh dimain dengan orang muda hingga tua. Permainan ini sangat sesuain untuk dimain dengan keluarga and kawan-kawan.

Jericho Manguan berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=1__WwIuuh78&feature=youtu.be

Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional melayu, sebagai contoh, terdapat wau, congkak, batu seremban, sepak takraw, gasing dan banyak lagi. Untuk sekarang, saya akan bercakap tentang wau. Perkataan 'Wau' berasal dari huruf Arab 'Wau' kerana bentuk sayap wau menyerupai garis surat tertentu. Ada banyak jenis wau, sebagai wau bulan, wau kucing, wau jalabudi, wau daun, wau helang, wau seri bulan dan wau kapal.Ia juga dikatakan bahawa peladang, pada masa lalu, menggunakan Wau untuk menghindari burung dari sawah padi mereka.

Zahid Afiq berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=P5aRDrWI6ck&feature=youtu.be

Batik secara historis berasal dari zaman nenek moyang dan sangat terkenal dalam sejarah melayu. Kesenian batik merupakan kesenian gambar di atas kain untuk pakaian. Ia menjadi salah satu kebudayaan keluarga raja-raja indonesia zaman dulu. Dalam perkembangan lambat laun, kesenian batik ini ditiru oleh rakyat terdekat dan selanjutnya meluas menjadi perkerjaan kaum wanita dalam rumah tangganya untuk mengisi waktu senggangnya. Batik yang merupakan karya seni budaya yang dikagumi dunia, diantara ragam tradisional yang dihasilkan dengan teknologi

Afif Azfar berkata...

http://youtu.be/x370STGW7gw

Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman pada awal abad ke-16. Terdapat lima jenis tarian zapin, iaitu Tarian Zapin Arab, Tarian Zapin Johor, Tarian Zapin Lenga, Tarian Zapin Pekan dan Tarian Zapin Tenglu. Tarian ini menarik kerana ia boleh mematahkan rasa malu penari-penari dengan rasa persaudaraan penari dan pemuzik.

qadirahbaw berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=QUJlEv2RQYU&feature=youtu.be

Secara historis, batik berasal dari zaman nenek moyang yang dikenal sejak abad ketujuh belas. Batik merupakan sesuatu seni yang melibatkan corak-corak lukisan binatang, tanaman lambat laun dan sebagainya. Warna-warna dan lukisan yang digunakan untuk batik beralih pada motif abstrak. Kini, batik ialah suatu karya seni yang dikagumi ramai sebagai hobi ataupun sesuatu cara untuk meluahkan kreativiti serta perasaan mereka.

Catat Ulasan